Want your own Fotopage?

|
|
Aidil's FotoPage http://aidilkhalid.blogspot.com By: Aidil Khalid
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < [1] 2 3 4 > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Sunday, 14-Dec-2008 14:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Geryah Beranak
|
|
|
Geryah terlantar kepenatan selepas bersalin melahirkan tiga ekor anak kucing. Masih ada kesan-kesan darah pada tubuh. Gambar-gambar adalah hasil karya Azizi Khalid
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 13-Jul-2008 15:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Diskusi Buku Bila Nysrah Kata Tak Mahu
|
 |
|
Mak dan ayah.
|
|
 |
|
Para hadirin yang sedang menanti majlis bermula
|
|
 |
|
Door gift
|
|
 |
|
Ketua Editor Jemari Seni Publishing memberikan kata-kata pembuka
|
|
 |
|
Para hadirin memberikan tumpuan
|
|
 |
|
Puan Shaidah Shafie membicarakan novel Lili Buat Najah
|
| | View all 23 photos... |
|
Maka selesailah sudah majlis Bicara Buku II Bersama Jemari Seni Publishing. Novel-novel yang dibicarakan kali ini adalah Lili Buat Najah karya Nazurah Aishah, Bila Nysrah Kata Tak Mahu karya saya sendiri, dan Tentang… Dhiya karya Syud.
Dan ternyata novel Bila Nysrah Kata Tak Mahu telah mencipta kontroversi saat dibicarakan oleh Puan Ina Marjana Ulfah!
Saya akan cuba memberikan laporan seobjektif yang mungkin:
Puan Ina memulakan bicara tersebut dengan memberikan sedikit sebanyak singkatan ceritanya. Pun, beliau tidak mengisahkan secara detail, kerana katanya, memandangkan novel ini masih terlalu baharu di pasaran, makanya tentu sekali masih ramai yang belum membacanya, oleh itu, bagi mengelakkan spoiler kepada plotnya, maka Puan Ina hanya menyentuhnya secara di permukaan sahaja.
Kemudian Puan Ina beralih pula kepada perkara-perkara yang positif di dalam karya tersebut. Katanya, pengarang telah berjaya menggarap peristiwa- peristiwa di dalam novel itu dengan baik, sehinggakan pembaca dapat benar-benar merasakan dan membayangkan keadaannya. Juga Puan Ina menekankan bahawa elemen suspens dan thriller menjadikan pembaca terus berdebar-debar saat membacanya.
Mengenai perwatakannya, Puan Ina mengatakan bahawa terdapat beberapa perkara positif di dalam watak Nysrah. Gadis 17 tahun ini digambarkan sebagai mempunyai keberanian dan kecekalan yang tinggi. Selain itu, elemen persahabatan dan setiakawan sesama rakan-rakan juga dipaparkan melalui watak-watak Nysrah, Siti Hajar, dan Izziati.
Puan Ina kemudian menyentuh beberapa unsur sinis yang dimasukkan oleh pengarang. Antaranya mengenai aurat wanita, yang disampaikan melalui watak Khairul Nizam. Selain itu, menurut Puan Ina, terdapat juga elemen-elemen keislaman yang diselitkan secara tidak langsung.
Keberanian mengangkat dan mengkritik isu-isu tertentu turut disentuh oleh Puan Ina. Katanya, keberanian ini barangkali menunjukkan gelombang pemikiran yang berbeza antara pengarang muda dengan pengarang lama.
Usai mengulas elemen-elemen positif, Puan Ina kemudian melanjutkan dengan perkara-perkara negatif, yang menurutnya, beliau sangat-sangat tidak bersetuju, yang terdapat di dalam novel tersebut. Nah, di sinilah kontroversinya. Puan Ina menyatakan ketidak senangan hatinya kepada watak Nysrah yang digambarkan bertudung labuh, tetapi telah membiarkan tangannya dipegang dan diramas oleh lelaki bukan mahram. Selain itu, jalan penyelesaian yang diambil oleh Nysrah dalam menyelesaikan masalahnya, menurut Puan Ina, adalah sangat-sangat negatif, dan tidak seharusnya dipaparkan di dalam sesebuah karya kerana dikhuatiri akan memberikan impak negatif kepada pembaca. Selain itu, menurut Puan Ina lagi, pengarang harus lebih bijak menggunakan teknik yang lebih berkias dalam memaparkan isu-isu sensetif seperti rogol, dan sebagainya.
Setelah selesai Puan Ina membentangkan ulasannya, maka tibalah pula sesi soal jawab. Ketua Editor Jemari Seni Publishing – Noor Suraya Adnan – bangun bagi menyangkal beberapa pendapat daripada Puan Ina tadinya. Antaranya, beliau mengatakan bahawa elemen-elemen negatif yang dipaparkan di dalam novel itu bukanlah dipaparkan oleh pengarang saja-saja tanpa sebarang matlamat. Sebaliknya, katanya, elemen itu bertindak sebagai pengajaran. Lebih-lebih lagi, di bahagian lain novel itu, pengarang telah memberikan kaffarah yang sepatutnya kepada elemen-elemen negatif yang digambarkan pada bahagian-bahagian yang lebih awal itu. Selain itu, menurutnya lagi, elemen taubat setelah melakukan sesuatu yang buruk, adalah sesuatu yang positif, dan tidak harus dipandang sebagai sesuatu yang negatif.
Kemudian bangun pula seorang lagi khalayak, yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai pengkritik bebas. Menurut pengkritik bebas itu, beliau sudah lama tidak membaca karya-karya yang ditulis oleh golongan remaja, namun mutakhir ini, sedang kembali berusaha untuk berjinak-jinak dengan karya golongan ini. Katanya, beliau mengesan satu kelemahan ketara dalam karya-karya golongan muda, iaitu gaya penulisan yang terlalu langsung serta tidak halus. Pengkritik bebas itu turut menyentuh beberapa pemilihan kata yang kurang tepat di dalam novel ini (walaupun ada beberapa yang saya kurang bersetuju, seperti tentang Gunung Kosciousko).
Setelah selesai sesi soal jawab, Puan Ina kemudiannya memberikan pendapat secara keseluruhan tentang novel ini. Menurutnya, secara penghayatannya, novel ini adalah sebuah novel yang memberikan harapan.
Maka selesailah sesi bicara Bila Nysrah Kata Tak Mahu.
Oops! Saya sangkakan sudah tamat. Tetapi ternyata moderator mempunyai rancangan spontannya yang lain. Katanya, dia ingin mendengar ulasan daripada pengarang novel Bila Nysrah Kata Tak Mahu terlebih dahulu; biarpun tidak terdapat di dalam aturcara, tetapi memandangkan perbincangannya agak hangat, maka pengarang wajar diberi peluang, katanya.
Maka bangunlah saya, terkalut-kalut, dan berdebar-debar juga. Ha! Ha! (Maklumlah, tak bersedia)
Saya memulakan kata-kata dengan mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Puan Ina dan juga kepada pengkritik bebas tadi. Kemudian saya mengatakan, bahawa menurut pandangan yang dikemukakan oleh Roland Barthes, seseorang pengarang itu seharusnya mati sebaik sahaja karyanya siap. Mati di sini, tentunya bukan bererti mati secara literal, sebaliknya sekadar bagi menggambarkan bahawa seseorang pengarang itu tidak lagi harus membicarakan karyanya sendiri setelah ia terbit. Hal ini penting, bagi memberikan kebebasan kepada pembaca dan khalayak memberikan intepretasi yang tersendiri akan karya tersebut, serta supaya khalayak tidak dipaksa memberikan makna yang diinginkan oleh pengarang sahaja. Saya kemudian mengambil contoh pelukis Picaso, yang dalam lukisan-lukisannya, kadang-kadang sengaja membiarkannya kelihatan seperti sebuah karya yang tidak siap. Alasannya, kerana menurut Picaso, andai lukisan itu dibiarkan siap, makanya lukisan itu akan mati, dan khalayak tidak lagi dapat memberikan interpretasi yang tersendiri. Dalam kata lain, sesebuah karya itu harus bebas diberikan makna oleh para pembaca. Dan oleh kerana itulah, kata saya, saya tidak wajar memberikan komen balas terhadap apa-apa yang telah diperkatakan tadi – sama ada kata-kata pujian mahupun kritikan.
Apa-apa pun, saya harus berterima kasih banyak-banyak kepada Puan Ina Marjana Ulfah, atas kupasan beliau tentang novel sulung saya ini. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan, dan semua hadirin yang hadir bagi memeriahkan majlis diskusi novel-novel tersebut.
Ketika selesai majlis, dan tiba sesi kudapan, guru saya ketika Minggu Penulis Remaja 2007, Kak Salina Ibrahim, sempat menitipkan pesannya. Katanya, ini adalah suatu permulaan yang baik. Apa-apa pun, katanya, saya harus terus belajar bagi memperhalusi gaya penulisan. Terima kasih, Kak Salina!
Memang saya sentiasa percaya, bahawa menulis adalah suatu proses belajar yang amat panjang. Amat-amat panjang.
*Gambar-gambar diambil oleh Azizi Khalid.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 10-Nov-2006 06:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Berbasikal Keliling Bukit Cerakah
|
 |
|
Takut sesat... Pian dan Hasri membaca peta perjalanan
|
|
 |
|
Penat mengayuh, rehat sekejap
|
|
| | View all 9 photos... |
|
Semalam selesai sudah kertas peperiksaan yang paling Ideal geruni untuk semester ini. Kertas Malaysian Legal System. Tapi alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Apa yang disangkakan keluar, benar-benar menjelma dalam kertas soalan.
Dan sekarang hanya tinggal kertas Kontrak dan Bahasa Inggeris yang bakal tiba 8 hari lagi. (Lama tu!) Jadi sekadar berehat sebentar dari memerah kepala otak dengan nota-nota undang-undang, pagi tadi pergi berbasikal keliling Bukit Cerakah dengan Pian, Syami, Hasri, Adila, Rahim, Dina, dan Mas.
Memang penat, turun naik bukit, tapi tetap seronok. Rasa macam nak pergi berbasikal tiap-tiap pagi pulak. Huhu!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 9-Mar-2006 14:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perkhemahan Taekwondo UiTM Kedah
|
|
Alhamdulillah, perkhemahan Taekwondo UiTM Kedah berjalan dengan lancar. Walaupun ada beberapa kesulitan, seperti makan nasi hangit (haha.. tak ada yang reti masak nasi kawah).
2 hari satu malam berkhemah di Bendang Man Agrotourisme, daerah Sik, Kedah. Malamnya pula, sempat pergi mandi di kolam air panas Legong.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Nov-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kunjungan ke Rumah Maha Guru...
|
 |
|
Pak Ndak dan Ideal
|
|
 |
|
Pak Ndak bersama Sufian
|
|
|
Bagi yang selalu baca majalah Seni Beladiri, mesti dah biasa dengan kata-kata keramat Azlan Ghanie (Ketua Editor majalah Seni Beladiri): "Guru Tua perlu dicari...'
Sehubungan itu, semalam Ideal bersama-sama dengan 3 orang lagi anak Gayong UiTM Kedah pergi berkunjung ke rumah Cikgu Majid Mat Isa, yang lebih mesra dengan panggilan Pak Ndak. Pak Ndak adalah antara murid yang sangat rapat dengan Dato' Meor Abd Rahman (Pengasas Gayong Malaysia) ketika hayatnya, dan Pak Ndak sendiri adalah pengasas dan guru utama Pusaka Gayong.
Guru Tua silat penuh dengan pengalaman dan cerita untuk diperturunkan. Syukur, kunjungan semalam tak sia-sia apabila sebelum balik, Pak Ndak sempat menitipkan petua-petua buat bekalan pulang. Bagi diri Ideal, petua-petua itu adalah ilmu yang sangat berharga dan tidak terhingga nilainya. Namun demikian, tak semua yang boleh Ideal jadikan pakaian, kerana ada juga satu-dua yang bercanggahan dengan prinsip dan pegangan diri.
Diri perlu bijak memilih...
Yang seronoknya, apabila ada antara petua-petua tersebut, yang sudah lama diidam-idamkan oleh anak-anak gayong lain yang bertungkus lumus berlatih, yang bertahun-tahun menunggu. Sedangkan semalam, kami dihidangkan dengan petua tersebut tanpa perlu banyak hal. Mungkin memang sudah rezeki kami..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 25-Sep-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lembah Bujang - Tanjung Dawai
|
|
Kalau waktu di sekolah menengah dahulu hanya dapat mendengar nama atau menatap gambarnya sahaja, tetapi semalam Ideal dapat menjejakkan kaki ke tapak kerajaan terawal di Tanah Melayu, Lembah Bujang.
Selepas dari itu, Ideal, Akmal bersama dengan Redza terus menuju ke Tanjung Dawai. Sekadar untuk jalan-jalan.
Memangnya Ideal sudah lama berhajat melawat ke Muzeum Lembah Bujang yang letaknya hanya kira-kira 15 minit perjalanan (dengan kenderaan tentunya) dari kampus Ideal di Merbok, Sungai Petani. Rugi rasanya kalau sudah belajar di Kedah, tapi melepaskan peluang untuk ke tempat-tempat yang menjadi ‘trademark’ kepada sesuatu kawasan. Apa lagi kalau kawasan itu turut dirakamkan dalam sejarah.
Sebelum ini, Ideal pernah berpeluang untuk ke tempat-tempat bersejarah seperti Taj Mahal di India, dan Pyramid di Mesir. Jadi, peluang untuk menginjakkan kaki ke candi-candi di Lembah Bujang, menambahkan lagi koleksi tempat-tempat bersejarah yang pernah Ideal lawati.
Menurut kata sejarah, dalam kurun ke 7, Lembah Bujang telah termasuk sebagai salah satu wilayah dalam kerajaan Srivijaya. Manakala zaman kegemilangan seni bina kerajaan tersebut adalah ketika kurun ke 10 masehi.
Secara ikhlas, sejarah bukanlah subjek yang menarik pada Ideal. Tetapi menghayati sejarah, menarik perhatian Ideal. Sebab itu Ideal suka ke tempat-tempat seperti Lembah Bujang.
Hal ini kerana sejarah di peringkat menengah, ayatnya tersusun dengan fakta-fakta yang cepu, yang sampai bikin minda jadi celaru. Sedangkan, apa yang lebih penting dalam sejarah itu adalah pemahamannya, bukan penghafalan! Ideal dapat 1A untuk sejarah SPM. Tapi Ideal tak TAHU apa yang Ideal TAHU dalam sejarah di peringkat SPM. Kenapa??
Sebab Ideal cuma diminta menghafal, bukan memahami. Banyak Ideal lihat, orang yang faham sejarah sungguh-sungguh, hinggakan kalau dia bercerita tentang sejarah, matanya bersinar-sinar oleh keghairahan. Orang yang mendengarnya pun terpaku, terpegun dengan hikayatnya. Tapi, dia tak mendapat keputusan yang baik untuk subjek sejarah. Sedangkan, orang yang tak faham apa-apa (seperti Ideal), tapi hafal kata-kata kuncinya yang dikehendaki untuk skema jawapan, mendapat keputusan yang cemerlang.
Sejarah, oh sejarah…
|
|
|
|
|
|
| Friday, 15-Jul-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seekor Burung Bernama Kas Kas
|
|
Minggu lepas, waktu Ideal jalan-jalan keliling kolej, Ideal terjumpa seekor burung merpati. Masih muda, dan staminanya untuk terbang masih terbatas. Munkin dia kehilangan ibu.
Untuk beberapa hari, burung yang diberi nama Kas Kas itu Ideal pelihara. 5 hari Ideal beri dia makan dan minum. Manakala tempat tidurnya pula adalah dalam lubang, celah di antara katil dan almari (Sebab waktu hari pertama Kas Kas masih agak canggung dan takut dengan manusia. Jadi setiap kali dilepaskan, dia akan mencicit-cicit lari mencari tempat persembunyian. Lubang celah katil itu menjadi pilihannya)
Masuk hari ke tiga, empat dan seterusnya, Kas Kas semakin jinak. Dia semakin berani keluar dari lubang persembunyiannya. Bertenggek di atas bahu dan tangan orang, malah. Bagus memang bagus, sebagai teman di kala sunyi. Tapi masalahnya, Kas Kas yang sudah jinak dan berani itu, bertenggek di serata tempat dalam bilik Ideal. Kesannya, merata-ratalah cairan-cairan kotoran Kas Kas di segenap penjuru bilik. Kotor! Kala itu, Ideal tahu, sudah tiba masanya untuk Kas Kas dibebaskan. Di dalam kamar, bukan tempat yang sesuai untuk menjadi tempat kediaman seekor merpati.
Maka, tibalah hari perpisahan. Petang hari ke lima, Kas Kas yang bertenggek di atas tangan Ideal, Ideal bawa ke luar. Bilik Ideal di tingkat tiga. Kas Kas seperti ragu-ragu untuk terbang. Gayat, barangkali. Ah, masakan burung pun boleh ada perasaan gayat pada ketinggian. Tapi itulah hakikatnya. Mungkin kerana staminanya untuk terbang masih terbatas.
Atas desakan dan sergahan rakan-rakan Ideal yang lain, Kas Kas jadi gementar. Dia dapat merasakan dia perlu, dan terpaksa terbang. Akhirnya, Kas Kas terbang jua. Dia hinggap di bumbung kolej. Diam di situ beberapa ketika lamanya. Ideal dan rakan-rakan yang lain pun turut diam memerhatikan.
Sekonyong-konyong, tiba-tiba hingap dua ekor merpati lain betul-betul bersebelahan dengan Kas Kas. Merpati dewasa. Kami yang sedang memerhati bersorak gembira. "Ayah dan Ibu Kas Kas sudah tiba menjemput anaknya kembali!"
Ternyata sangkaan kami meleset jauh. Dua ekor merpati dewasa itu memerhatikan Kas Kas dengan sorotan mata yang amat tajam. Dan kemudian... selang beberapa ketika kemudian, kami sedang menatap Kas Kas dipatuk oleh salah seekor dari merpati dewasa itu. Kas Kas menjerit-jerit kesakitan. Usianya yang masih setahun jagung, menjadikan dia tidak berdaya melawan. Setiap inci tubuhnya terus-terusan menjadi habuan paruh sang merpati dewasa.
Kami yang memerhati, tak dapat melakukan apa-apa. "Kas Kas... berdikarilah!" Hanya itu yang dapat kami panjatkan dari jauh..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 29-May-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Early Morning Walk in the Tasik Shah Alam
|
|
Some photos taken when I went for an early morning walk in Tasik Shah Alam..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 21-May-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Along's Engagement
|
 |
|
Hantaran dari pihak Along
|
|
 |
|
Rombongan Lelaki singgah solat sebelum terus ke rumah perempuan
|
|
 |
|
"Ishh.. Risaunya aku... Macamana agaknye ek majlis malam ni.."
|
| | View all 31 photos... |
|
Here are the photos of my eldest brother's (Azizi Khalid aka Along) engagement with Safiyyah Abd Aziz at her house in Taman Melawati.
It took place two days ago, 20th May 2005.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 29-Apr-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ulu Yam
|
|
I went to Ulu Yam water fall along with Along, Mak, Uda, and Kak Saf. Went there early in the morning (departed from our house in Shah Alam at 6.45am), as we need to be back before Jumaat prayer. And also, we were hoping that morning would not be much crowd over there, thus more privacy.
We were the first one to arive there. And we were quite happy with the atmosphere of peace and tranquility. Despite that, it were quite upsetting that pollution did took place in the middle of the natural beauty of the floras. The place were well equiped with dustbins all around, but some people just seems to have a problem of making full use of the public utility properly.
Besides the rubish not properly thrown, everything else were perfect. The view were beautiful, and the water were rereshing cold. Well, it all went perfect.... until 11a.m.
Being there early, we enjoyed the advantage of privacy and not much crowd. But we least expected that we would suffer the detriment of our car being broke in.
11a.m we packed our things as we were all ready to go back. Got to catch the Friday prayer. And guess what? As we arived at the car park, we found out that the window of our car were badly damaged. There were only two cars at the car park, and both of them were smashed in the glass. Luckily, we did not leave anything valuable in the car (except for the few ringgits toll money which did dissapeared). So we went back without the co pilot's seat's window glass.
So after this, whenever you plan to go to Ulu Yam, ALWAYS lock your car, and the steering. But, do NOT lock the doors and the windows. So that, if any one wishes to break in the car, they need not break you car's glass. (Of course, at the same time make sure nothing valuable is left inside the car).
|
|
|
|
|
|
|
[<< < [1] 2 3 4 > >>] [Archive]
|
|
 |
|